Lip Balm Recipe

بسم الله الرحمن الرحيم

Lip balm yang Cikgu buat.. Best sangat..
Lip balm yang Cikgu buat.. Best sangat..

Sebelum terlupa nak post, maklumlah banyak sangat yang perlu dibuat, Cikgu nak share resipi macam mana nak buat lip balm. Resipinya mudah sangat. Cikgu adalah orang yang tak suka resipi yang susah-susah. Jadi, kita share k, jadi lepas ni, tak payahlah nak beli Lip Ice di farmasi atau supermarket lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Lip Balm

1 sudu besar lilin lebah. (Cikgu beli di lelong.my)

4 sudu besar minyak kelapa dara. (cikgu beli jenama Rainforest di Caring farmasi)

1/4 sudu kecil madu

Secubit serbuk vanila (boleh pakai essence vanila kalau tak ada)

Pewarna merah (Mica-boleh guna eye-shadow atau beli mica di fidavanilla.com)

Air di dalam periuk kecil.

Bekas seramik atau cawan pyrex yang bersih dan kering.

4-5 botol bekas bulat lip balm 5g.

Cara membuatnya:

1) Letak cawan pyrex atau bekas seramik di atas/ di dalam periuk yang berisi air. Panaskan periuk. (Kaedah double boiling ya).

2) Masukkan lilin lebah dan minyak kelapa dara ke dalam cawan pyrex atau bekas seramik. Tunggu sehingga lilin lebah cair.

3) Selepas lilin lebah cair, masukkan madu dan vanilla. Kacau sehingga larut. (Kadang-kafang tak larut pun kalau kita guna vanilla essence).

4) Masukkan pewarna ikut citarasa masing-masing.

5) Tutup api periuk, masukkan lip balm yang cair tadi ke dalam bekas.

6) Biarkan selama 15-30 minit hingga sejuk dan sedia digunakan.

Kalau nak yang dah siap, cikgu jual sebotol 5g pada harga RM10. Tambah RM6 untuk penghantaran. 😉

Kalau ada masa, cikgu ambil gambar in the making pulak, Insya Allah. Ok, bolehlah mencuba. Moga bermanfaat.

Kad Doa

بسم الله الرحمن الرحيم

🙂 Hari ni, nak share kad doa yang Cikgu buat. Hehe, panggil cikgu la ya sebab yang ni ada kena mengena dengan Homeschool. Ada 12 doa dalam 1 set semuanya. Free to download. Tapi, kalau nak yang cikgu dah print dan laminate, hanya RM9/set. Tambah RM6 untuk postage atau boleh datang ambil di Kota Damansara, insya Allah.

Set Doa:

1) Doa Bangun Tidur, 2) Doa Berbuka Puasa, 3) Doa Keluar Rumah, 4) Doa Ketika Bersin, 5) Doa Ketika Melihat Cermin, 6) Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit, 7) Doa Memakai Pakaian, 8) Doa Meminta Hujan, 9) Doa Naik Kenderaan, 10) Doa Sebelum Belajar, 11) Doa untuk Ibu Bapa, 12) Doa Masuk Tandas.

Moga bermanfaat. 🙂

Doa bangun tidur Doa berbuka puasa

Doa keluar rumah Doa ketika bersin

Doa ketika melihat cermin Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit

Doa memakai pakaian Doa meminta hujan

Doa naik kenderaan Doa Sebelum Belajar

Doa untuk ibu bapa Doa masuk keluar tandas

Meminta maaf dan memaafkan.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Pernah rasa marah? 🙂 Siapa tak pernah kan? Bila2 lagi kalau orang buat kita. Saya adalah seorang yang tak penyabar. Tapi sedang berusaha keras untuk menjadi penyabar. Sedang2 mencari Artikel tentang sabar untuk merawat hati, saya terjumpa Artikel Surau Taman Bunga Raya ni. Jom baca, mana tahu Allah beri kekuatan untuk kita lebih bersabar, biidznillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia biasa sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah perlu meminta maaf. Jika seseorang yang bukan Islam terkeluar perkataan yang menyinggung perasaan umat Islam, dan dia sedar perkataannya itu mendatangkan kemarahan umat Islam dan dia secara suka rela meminta maaf dan menyesal di atas keterlanjurannya maka kita sepatutnya memaafkannya. Sifat pemaaf adalah akhlak muslim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami baginda melalui banyak riwayat yang menceritakan kemuliaan akhlak baginda dengan memaafkan orang kafir yang menyakiti baginda hingga menyebabkan mereka masuk Islam.

Dalam sirah Rasulullah SAW, baginda sering disakiti oleh wanita Yahudi di Madinah, bukan sahaja dimaki hamun malahan di letakkan duri di jalan yang baginda lalui dan juga di lemparkan najis kepada baginda SAW tetapi baginda tetap bersabar dan tidak membalas kejahatan wanita tersebut dengan kejahatan. Apabila wanita tersebut tidak kelihatan baginda pergi menziarahinya dan di dapati wanita tersebut sedang sakit. Bila melihat kehadiran Nabi SAW melawat kerumahnya wanita tersebut terkejut dan kagum kerana betapa tingginya akhlak baginda memuliakannya walaupun beliau sering mengganggu baginda, akhirnya wanita tersebut masuk Islam.

Salah satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah dan pendendam. Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.

Jika umat Islam mengikuti akhlak Rasulullah SAW dan mudah memaafkan kesalahan orang lain ini adalah akhlak terpuji yang boleh menjadi daya tarikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk mendekati Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran ayat 132).

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: “Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? “Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Jika umat Islam sukar memaafkan kesilapan orang yang bukan Islam dan mengatakan “tiada maaf bagimu” ini akan memberi kesan negatif kepada agama Islam sendiri dan mereka (orang bukan Islam) akan salah tafsir dengan beranggapan bahawa agama Islam adalah agama yang keras dan tidak ada tolak ansur dan timbang rasa. Mereka juga akan beranggapan bahawa umat Islam adalah satu umat yang sombong, ego, dan tidak ada toleransi.

Memang benar kita akan bertegas kepada sesiapa sahaja dikalangan orang yang bukan Islam yang cuba menghina Islam atau Nabi Muhammad SAW tetapi kita akan memaafkan jika mereka sedar akan kesalahan diri mereka sendiri dan meminta maaf, sepatutnya kita memaafkan dan memberi amaran supaya jangan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang.

Kenapa kita sukar memaafkan kesalahan orang lain sedangkan kita juga sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Adakah kita suka jika kita melakukan kesalahan orang tersebut tidak mahu memaafkan kesalahan kita sedangkan kita sudah memohon maaf? Pasti kita tidak suka kerana jiwa kita akan merasa bersalah jika orang tersebut masih tidak memaafkannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pergaduhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sahabat yang dihormati,,
Orang yang bertakwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang bertakwa). Allah SWT mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.

Sikap pemaaf adalah akhlak yang mulia dan dituntut syarak. Memaafkan orang adalah akhlak mulia dan tergolong dalam amalan yang amat digalakkan. Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi Allah SWT akan mudah mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita tanamkan pada hati dan jiwa kita sifat pemaaf, kerana sifat pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga sedang sifat pemarah dan pendendam adalah sifat ahli-ahli neraka. Dari sifat pemarah dan pendendam akan melahirkan sifat hasad dengki, irihati , sombong, bongkak dan takbur. Bawalah akhlak Islam di mana sahaja kita berada, supaya tindakkan kita tidak mencemarkan kesucian dan kemuliaan akhlak Islam. Umat Islam bukannya umat yang bengis, kasar dan pendendam.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya samaada ketika kita hidup di dunia maupun kehidupan di hari akhirat. Allah SWT akan memaafkan kesalahan dan dosa kita di akhirat nanti jika di dunia kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

Posters

بسم الله الرحمن الحيم

Cakap sikit pasa poster. Antara hobi saya adalah membuat poster dan belajar buat poster. Tapi tak lah sehebat orang lain. Sekadar yang simple dan kalau buat pun bukanlah untuk tujuan bisnes. Selalunya untuk tujuan pemakluman dalaman NGO Ikram. Saya tak ada photoshop software. Guna powerpoint saja. Dah tak pandai guna photoshop lagi pun semenjak lama tak kerja dan lama tak sentuh komputer. Saya sangat minat nak ambil course tapi, buat masa ni, KIV dulu lah.. Anak-anak pun kena attend classes. Jadi beri peluang pada mereka dulu.. Saya boleh belajar dari free tutorial di youtube dan dari orang hebat-hebat yang suka nak orang tahu apa yang dia tahu antaranya seperti adik Wan Syafiq Wan Zahidi (boleh klik pada nama beliau) 🙂

Antara poster yang saya buat seperti di bawah:

jadual imam tdojCut&Cook 1day2odoj1 2days2odoj JUS3 JKMediaSponsorAkhawat Katibah Ahawat Liqo Muhib 1 odoj6

 

Kalau suka nak saya buatkan, beritahulah.. 🙂

Kait, single stitch.

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam saya keluar bawa anak-anak beli buku di Popular. Tabiat saya, bila saya beritahu suami saya nak pergi satu tempat, satu tempatlah saya akan pergi. Boleh dikira dengan sepuluh jadi, sepanjang 9 tahun berkahwin, berapa kali sahaja saya akan melencong ke tempat lain. Di Popular, selepas jumpa buku Mastering Math Workbook 1 &2, saya mencari buku Teknik Effect Photoshop keluaran PTS. Malang sekali tak Ada stok. Jadi saya ke bahagian buku menjahit. Terjumpalah buku asas mengait. Saya terus jatuh cinta.

Teringat masa zaman sekolah. Masa tu kalau tak silap, tingkatan 1, tahun 1993. Saya tengok nenek saudara, saya panggil mummy chik, sedang mengait – projek alas meja. Saya suka duduk sebelah tengok lajunya dia mengait. Biasa lah masa budak-budak, apa saja yang orang buat, tambahan lagi bila benda tu benda baru bagi kita, mesti kagum macam tengok magic show. Bila selalu tengok dan banyak soalan yang saya tanya, mummy chik offer, “Nak cuba?”. Jawapannya mestilah nak, kan!! Jadi, mummy chik pun ajarlah saya. Pertama kali Nak buat tu memanglah susah, tapi sebab dah agaknya besar, cepat lah belajar. Best, memang best.

Saya ingat benang kait pertama yg mama belikan warna jingga. Lebih kepada peach sebenarnya. Dan jarum kait saya warna metalik keemasan dan saiznya lebih dari 3mm. Saya belajar ‘chain stitch’, ‘single crochet’, ‘double crochet’, ‘triple crochet’, ‘magic ring’ dan beberapa teknik lain. Projek pertama saya adalah ‘Grandma Square’. 🙂 Masa-masa indah. Terima kasih Mummy Chik dan mama yang sangat talented.

Sambung cerita tadi. Saya tak beli pun buku tu. Dalam fikiran, En. YouTube boleh tolong ajarkan bila balik nanti. Jadi, selepas bayar buku, saya tanya anak-anak, ‘Boleh tahan lagi tak kalau emak nak pergi beli benang dan jarum kait?’ Masing-masing teruja nak mengait lepas tengok buku tu, jadi setuju saja lah walaupun lapar. Jadi, kami pun balik ke Kota Damansara dan singgah kedai alat jahitan yang saya selalu pergi. Abdullah pilih benang biru, saya pilih benak brown untuk saya dan benang pink untuk Aisyah. Jarum kait yang ada cuma saiz 0 dan 1. Jadi lah.

Balik rumah, lepas semua dah kenyang, dah Solat, kami buka En. YouTube dan mula belajar. Sebab dah lama tak mengait, jadi saya pun jadi belajar semula. Dah lupa dah ‘single stich, ‘double stitch’ tu macam mana. Tapi bila dah mula laju, hmm.. Best feeling ever. RINDU nye. Saya pun mengait dan mengait. Suami balik pun masih mengait. Berhenti cuma waktu makan dan Solat. Teruskan mengait sampai anak meragam.

Tak mudah mengajar mengait. Lebih-lebih lagi bila baru nak mula semula. Anak-anak asyik tanya macam mana? Buka benang berkali-kali dan hampir give up. Emak pun hampir-hampir give up sebab anak tak dapat-dapat. Bila nak give up, berhenti sekejap. Takutlah tak boleh nk sabar dengan anak-anak ni. Bila dah cool, dah minum air, sambung semula. Ajar lagi. Pastikan cara memegang benang ikut keselesaan anak-anak. Lain anak, lain cara yang mereka suka. Dan biar mereka master cara pegang jarum dan master cara menggerakkan jarum. Tak apa lah kalau macam kura-kura pun. Lama-lama, anak-anak tak rasa susah lagi. Walaupun masih perlahan, terus-teruslah beri semangat.

Mengait ni mengasyikkan. Hari ni kita cuba lagi k..

image

image